AMANAH mahu kerajaan kaji semula bajet universiti awam – Dr Hassan Bahrom


Universiti adalah wahana bagi melahirkan tenaga manusia yang berkemahiran dan berdaya saing dalam membangun negara yang lebih dinamik dan berketerampilan pada masa akan datang.

AMANAH memandang serius tentang laporan pemberhentian 6,000 orang pensyarah di Universiti Awam kerana ia akan memberi kesan serius kepada pembangunan universiti dan sumber tenaga manusia yang kompetitif. Ini amat merugikan negara kalau ia tidak diurus tadbir dengan baik dan sistematik.

AMANAH melihat aspek ini berlaku kesan daripada pemotongan bajet yang begitu ketara kepada institusi pendidikan yang dibentang dalam belanjawan lepas. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya dana negara diurus tadbir dengan baik dan kerajaan sensitif terhadap peri pentingnya pendidikan dan pembangunan insan manusiawi yang bakal memperkasa daya intelek dan tahap keinsanan yang tinggi kepada masyarakat dan negara.

AMANAH menggesa kerajaan melakukan semakan semula pemotongan peruntukan dan menambah bajet kepada Universiti Awam supaya tenaga pengajar yang telah memperolehi kepakaran tidak terbazir dan anak bangsa mendapat didikan yang sempurna apabila tenaga pengajar di universiti sentiasa diberi perhatian dan pengikrirafan yang sewajarnya.

#AmanahDemiNegara

DR HASAN BAHROM
Naib Presiden
Merangkap Ketua Biro Pendidikan
Parti Amanah Negara (Amanah)
8 Mac 2017
Previous
Next Post »