Umno perlu ambil kesempatan rampas Kelantan

Tengku Razaleigh Hamzah

GUA MUSANG - Umno Kelantan perlu mengambil kesempatan untuk menumbangkan kerajaan Pas memandangkan parti berkenaan sedang berdepan dengan isu perpecahan dalaman.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, perpecahan itu mungkin disebabkan ahlinya tidak berpuas hati dengan pemimpin sedia ada.

"Umno patut ambil kesempatan dalam politik. Mereka (Pas) berdepan dengan pebagai konflik terutamanya dalam pimpinan yang ada.

"Kita perlu bergerak untuk rakyat dalam membantu menumbangkan kerajaan Pas. Jika kita tak bawa semangat rakyat, parti kita sia-sia.

"Saya yakin, rakyat sudah jemu dengan pimpinan kerajaan yang tidak memberi faedah kepada rakyat," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indra Petra, di sini, kelmarin.

Tambah Tengku Razaleigh, Umno Kelantan hanya menunggu masa yang sesuai untuk bergerak menumbangkan kerajaan sedia ada mengikut kehendak rakyat.

"Bila tiba masa, kita tiup wisel, Insya-ALLAH, dengan kerjasama banyak pihak, kita boleh merampas Kelantan. Saya ada sedikit pngalaman dalam hal ini.

"Nampkanya orang bawah setuju sangat kita bergerak.ke arah itu walaupun gaya di peringkat atasan seolah tidak merestui gerakan kita untuk tukar kerajaan.

"Tapi ini kehendak rakyat dan Umno berjuang untuk rakyat. Sekiranya rakyat jemu dengan kerajaaan yang tidak beri faedah, Umno perlu mengamil inisiatif membantu rakyat tukar kerajaan," katanya lagi.


Previous
Next Post »