PH, Bersatu bakal bergabung?


Saifuddin Abdullah. - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan akan membincangkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), 13 Disember ini.

Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pertemuan empat parti antara pimpinan tertinggi PKR, Parti Amanah Negara (Amanah), DAP, dan Bersatu itu akan diadakan di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Petaling Jaya.

"Kami akan bincang kerjasama politik empat parti bagi mewujudkan suasana satu lwn satu antara pembangkang dengan BN," ulasnya pada sidang media di sini, hari ini.

Mengulas kemungkinan gabungan Pakatan. Harapan dengan Bersatu, Saifuddin berkata, hubungan pihaknya bersama Bersatu menunjukkan perkembangan baik setakat ini.

"Pada kami Bersatu hadir konvensyen Pakatan Harapan pada November lepas.

"Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad juga hadir berucap, pada kami itu perkembangan positif," katanya lagi.

Previous
Next Post »

Blog Archive