'PAU 2016 persidangan terbaik saya'

Najib Tun Razak. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Perhimpunan Agung Umno 2016 adalah persidangan terbaiknya kerana mempunyai barisan kepimpinan yang serasi dengannya.

Beliau berkata barisan kepimpinan tertinggi Umno kini adalah padu, kukuh pendiriannya, Wala' atau setia dan komited.

Najib yang juga perdana menteri berkata beliau tidak meragui kesetiaan barisan kepimpinan tertinggi Umno yang berada di belakang beliau sekarang.

"Inilah pasukan pimpinan Umno yang akan turun gelanggang berjuang habis-habisan," katanya dalam ucapan penggulungannya pada akhir Perhimpunan Agung Umno 2016 di sini, hari ini. - Bernama

Previous
Next Post »

Blog Archive