KWSP JUAL SEMUA SAHAM FGV, TIDAK PEGANG APA-APA LAGI


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini menegaskan bahawa pihaknya tidak lagi memegang apa-apa kepentingan saham dalam Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).

Menurut kenyataan oleh Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP, dana persaraan itu memantau prestasi ekuiti FGV sejak beberapa tahun dan secara beransur-ansur menjual pegangan sahamnya.

"KWSP memberi jaminan kepada semua ahli bahawa kami mengamalkan tahap piawaian tadbir urus korporat yang tinggi menerusi dasar yang teguh pada kawalan risiko dan Peruntukan Aset Strategik.

"Selaras dengan amalan terbaik ini, kami telah memantau prestasi ekuiti FGV sejak beberapa tahun dan menjualnya secara beransur-ansur dan sehingga hari ini, KWSP tidak lagi memegang apa-apa saham dalam FGV," menurut kenyataan itu lagi.

Previous
Next Post »

Blog Archive