Jemputan Dr M ke majlis agong dibatal, kerusi tak disedia

Undangan supaya Tun Dr Mahathir Mohamad ke istiadat menandatangani surat sumpah Yang di-Pertuan Agong dan timbalan baginda pada 13 Disember ini dibatalkan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dikatakan memaklumkan perkara itu kepada Mahathir melalui surat bertarikh 5 Disember (kelmarin).

Ia juga dikatakan bagi "mengelak kesipuan (embarrassment)" kerana tiada kerusi untuk Mahathir disediakan dalam istiadat itu.

Ia dialamatkan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana yang diasaskan Mahathir di Putrajaya.

Seorang pegawai Mahathir ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan menerima surat itu.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bagi mendapatkan pengesahan dan penjelasan mereka.

Kandungan surat itu dikatakan mendoakan Mahathir berada dalam keadaan baik dan sihat serta turut memohon maaf kepada beliau.

Sementara itu, surat sama turut beredar di media sosial dan kumpulan-kumpulan WhatsApp.

Antara yang turut memuat naik surat itu termasuk wartawan veteran Jahabar Sadiq dan anak perempuan Mahahir, Marina.

"Siapa sebenarnya akan tersipu-sipu nanti?" tulis Marina bersama gambar surat itu.

Previous
Next Post »

Blog Archive