Tun M cadangkan supaya semua parti pembangkang bergabung guna satu simbol lawan BN


Tun M bertegas, semua parti pembangkang perlu bergabung dan menggunakan satu simbol dalam pilihan raya nanti.

"Kalau kita nak kalahkan BN satu cara sahaja iaitu dengan bersatu. Kita daftar seolah-olah satu parti, kita guna satu simbol. Kita letak satu calon. Tak kira DAP ke, Amanah ke, PKR ke...asalkan itu calon kita," tegas Mahathir.

"Hanya dengan cara itu kita akan dapat kemenangan," katanya.

"Kita perlu guna satu logo hilangkan identiti parti masing-masing untuk pilihan raya sajalah, pakai satu simbol," katanya.

Sorakan "Reformasi" dan "Bebas Anwar" kemudiannya menggamatkan dewan konvensyen selepas ucapan Tun Mahathir berakhir dengan sebahagian besar hadirin berdiri (standing ovation) memberikan tepukan gemuruh untuk beliau.
Previous
Next Post »

Blog Archive