Pimpinan UMNO kawasan lega bilamana Presiden PAS mengambil alih tugas membentangkan undang-undang Islam


Bererapa pimpinan UMNO di kawasan hari ini menarik nafas lega kerana tugas untuk membentangkan hukun hudud sudah tidak berada atas tanggungjawab mereka lagi kerana tanggungjawab itu sudah diambil alih oleh parti PAS.

Sebelum ini mereka sering tak mampu berhujah apabila mereka mengatakan mereka tidak menolak hukum ISLAM itu tapi mereka mengatakan bahawa mereka ingin memberikan kefahaman dahulu kepada masyarakat berkenaan apa itu hukum ISLAM yang hendak dibentangkan.

Walaupun selepas itu mereka dimaki hamun dan dihukum kafir oleh PAS diatas kapasiti menolak untuk melaksanakan hukum ALLAH ini denga mengambil contoh untuk melaksanakan hukuman gantung, GST serta SOSMA yang ditentang pembangkang pihak kerajaan tidak mempedulikan semua itu dan undang-undang itu lulus juga. Tapi kenapa bilamana mai ke hukum ALLAH Umno memberikan alasan perlu bagi rakyat faham dahulu.

Kini selepas mana ada satu perbincangan kerjasama antara UMNO & PAS berkenaan undang-undang ini dalam jawatankuasa hudud antara Kelantan & Kerajaan Pusat tahun lepas yang memutuskan suaya menteri yang membentang usul ini ia telah menimbulkan kegusaran lagi kepada pimpinan Umno dibawah dimana macamana mereka kena berhadapan dengan MCA, MIC & GERAKAN serta ahli-ahli Umno dibawah yang masih tak faham dan tak jelas apa yang hendak dibentangkan.

Namun bilamana usul ini diambil alih oleh Presiden PAS dengan membawa private bil ke parlimen usul ini dan speaker memberikan kebenaran usul ini dibaca pada bulan MAC dahulu maka tanggungjawab itu sudah berpindah kepada PAS. Bilamana Presiden PAS minta tangguh pada bacaan usul pertama dahulu maka kewajipan sudah berpindah kepada PAS.

Sekarang kerajaan sekadar membantu menjelaskan apa yang perlu dilakukan dan tanggungjawab Presiden PAS lah untuk membacanya didalam dewan. Namun apabila speaker memberikan kebenaran kali kedua untuk Presiden PAS membacanya 24hb Nov tempohari kenapa beliau memhon tangguh lagi atas sebab ramai yang belum faham. 

Dengan kebenaran speaker untuk Presiden PAS membentangkan kandungan usul tersebut diberikan maka itulah peluang untuk PAS membentangkan kandungan dalam usul yang dicadangkan itu sebab penerangan di parlimenlah merupakan tempat yang tertinggi bagi sesuatu penerangan hendak dilakukan kerana di parlimen segala percakapan akan dicatat dalam hanset parlimen dan ada rakaman dan siaran langsung disiarkan. 

Jadi sekarang ia sudah bukan tugas Umno hendak melaksanakan hukum ini disebabkan tanggungjawab itu sudah diserahkan kepada Presiden PAS dan salah beliaulah kenapa minta tangguh. Jadi kerja buat Umno dikawasan sekarang ini sudah menjadi mudah bilamana bab hukum Allah dipersoalkan.


Previous
Next Post »

Blog Archive