Parti politik baharu adalah 'virus' perpecahan - Sultan Ibrahim

Parti politik baharu adalah 'virus' perpecahan - Sultan Ibrahim

KHAMIS, 3 NOVEMBER 2016 - 7:07PM Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof mohdfahmi@bh.com.my SULTAN Ibrahim Iskandar bersalaman dengan rakyat jelata selepas berkenan berangkat menghadiri Program Himpunan Bangsa Johor di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang hari ini. Turut berangkat Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim. - Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah 'virus' perpecahan yang datang ke negeri ini berpunca dari parti politik baharu dan ahlinya yang menjadi penyebar sehingga menghentam kerajaan serta menghasut rakyat membenci pemimpin. Titah baginda, apabila rakyat dijangkiti virus itu kehidupan rakyat dan kemakmuran negara akan musnah kerana ia amat merbahaya dan sukar diubati.

"Ingin saya ingatkan mengenai satu penyakit sedang datang ke Johor akibat sejenis virus yang amat merbahaya, lebih teruk daripada Zika kerana tiada penawarnya. Virus yang saya maksudkan adalah virus perpecahan. "Virus ini datang daripada parti politik baharu dan ahlinya menjadi penyebarnya. Oleh itu, saya berharap rakyat menjauhkan diri daripada virus ini. "Gunakan akal fikiran dan jangan menyesal kemudian hari.

Pembawa virus ini akan menghentam kerajaan setiap hari dan menghasut rakyat supaya membenci pemimpin, tetapi kebaikan yang dibuat kerajaan semua mereka tak nampak," titah baginda. Baginda bertitah ketika menghadiri majlis Himpunan Bangsa Johor yang diadakan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini, hari ini. SULTAN Ibrahim Iskandar bersama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bersalaman dengan rakyat pada majlis Himpunan Bangsa Johor, di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang. - Foto Mohd Azren Jamaludin Sultan Ibrahim bertitah, apabila agenda atau hasrat mereka (parti politik baharu) tidak tercapai, mereka akan biarkan masyarakat hidup dalam keadaan yang menderita.

"Saya bercakap sebagai orang tua atau seorang bapa yang cintakan perpaduan dan mahu rakyat saya hidup dengan aman dan damai. Saya tidak mahu melihat rakyat saya berpecah. "Saya benci kepada individu yang mempunyai agenda tersendiri, menghasut rakyat untuk bergaduh sesama sendiri. Apabila perpecahan berlaku, kehidupan rakyat akan menjadi susah dan pada waktu itu, janganlah toleh kepada saya," titah baginda.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/209006?m=1
Previous
Next Post »

Blog Archive