Mufti Perlis gesa Malaysia tarik diri Piala AFF sokong Rohingya

Dr-Mohd-Asri-Zainul-Abidin
KANGAR: Mufti Perlis menggesa Harimau Malaysia menarik diri daripada perlawanan Piala AFF Suzuki 2016 yang sedang berlangsung di Myanmar atas dasar prihatin dan solidariti terhadap penduduk Rohingya.

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tindakan menarik diri daripada sukan berprestij itu perlu bagi mencerminkan pendirian Malaysia, negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam, membantah kekejaman ke atas etnik itu.

Mohd Asri berkata, segala bentuk kekejaman atau jenayah penindasan manusia harus dibantah dan kerajaan diminta mengambil kira hal ini daripada sudut kemanusiaan melebihi semangat kesukanan.

“Apalah ertinya sukan tanpa kemanusiaan. Kezaliman dahsyat terhadap golongan etnik beragama Islam di Myanmar sedang berlaku.

“Wanita, kanak-kanak dan orang awam dibunuh, dirogol, dibakar hidup-hidup oleh kuasa pemerintah negara berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media melaporkan beribu-ribu penduduk Rohingya di Myanmar meninggalkan kampung halaman mereka bagi mengelak menjadi mangsa kekejaman yang didakwa melibatkan tentera negara itu.
Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
Anonymous
admin
11/25/2016 12:53:00 am ×

Separate games from religion. Don't be a fool

Congrats bro Anonymous you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar

Blog Archive