Harga RON95, RON97, diesel turun 5 sen mulai tengah malam

minyak
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing turun 5 sen seliter mulai tengah malam ini.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata harga runcit baharu bagi RON95 berkuat kuasa 1 Disember ialah RM1.90 seliter manakala RON97 ialah RM2.25 seliter.

“Harga runcit baharu bagi diesel pula RM1.85 seliter,” katanya, malam ini.

Harga runcit petrol sepanjang November bagi RON95 ialah RM1.95 seliter, RON97 (RM2.30) dan diesel (RM1.90).
Previous
Next Post »

Blog Archive