ANAK TAJUDDIN MENANG BIDAAN PRASARANA PROJEK BERNILAI RM1.1 BILION


Anak perempuan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Sri Rahayu Tajuddin, adalah pengerusi Intan Sekitar – syarikat usahasama yang memenangi bidaan Prasarana bagi projek bernilai kira-kira RM1.1 bilion.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika majlis pelancaran projek pembangunan berorientasikan transit pertama di Kuala Lumpur, memberi penghormatan kepada orang yang mengajarnya ‘politik jahat’.

“Saya kenal Ayu dari kecil. Saya masih ahli perniagaan, bapa dia pun ahli perniagaan, katanya pada ucapannya semasa majlis pecah tanah Latitud8, projek pembangunan untuk Kumpulan Prasarana.

“Yang sebenarnya bapa dia yang ajar saya politik. Politik jahat pun dia yang ajar,” kata Tengku Adnan secara berseloroh merujuk kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Anak perempuannya, Sri Rahayu Tajuddin, adalah pengerusi Intan Sekitar – syarikat usahasama yang memenangi bidaan Prasarana untuk melaksanakan projek yang bernilai kira-kira RM1.1 bilion itu.

Sambil mengakui mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Tajuddin, Tengku Adnan kemudian menegaskan bahawa persoalan “pilih kasih” tidak timbul kerana beliau sentiasa mengalu-alukan semua pengusaha baru dalam pasaran hartanah di Kuala Lumpur. – Malaysiakini / Foto Omak Kau blog
Previous
Next Post »

Blog Archive