PRU KE 14 - Lupakan Hasrat Tawan Malaysia

JAMALUDDIN JAMALU

PRU ke 13 mencatatkan sejarah front pembangkang yang terkuat pernah diperlihatkan dalam sistem politik demokrasi di negara kita. 52% undi popular dikuasai front pembangkang, 47 % hanya untuk BN. Kini ia tinggal dalam cacatan sejarah untuk dilihat jenerasi akan datang, namun gagal diterjemahkan untuk terus kekal dalam landskap politik negara.

PRU ke 14 masa untuk partai pemerintah kembali kuat. Walaupun Umno agak lemah dan bercelaru. Tetapi mereka akan terus menguasai teraju pemerintahan Malaysia atas kebijaksaan mereka bersatu dalam front pemerintahan(BN).

Kebijaksanaan front pemerintah kekal dengan kejayaan berterusan, ianya terjadi berpunca daripada kelemahan pro pembangkang yang tidak pernah bertahan lama mempertahankan prinsip dan perjanjian bersama. Inilah dilema dan permasalahan besar yang sering melandai komponen pembangkang yang sukar bersatu, sebaliknya ashik berpecah dan berbalah. Selagi pembangkang berpecah dan berbalah sesama mereka, saya percaya selama itulah Tuhan tidak akan memenangkan mereka dalam politik pilihanraya yang majmuk di negara ini.

Sebagai contoh kita lihat umpamanya Pas, Sejak PRU 1955 hingga 1995. Pas gagal mempamirkan apa-apa hasil kejayaan yang memberangsangkan. Tetapi apabila ujudnya front pembangkang di PRU 1999, Pas berjaya menguasai 27 kerusi Parlimen, Dato Fadil Noor Ketua Pembangkang. Kejayaan berterusan juga di PRU 2008 dan 2013. Saya percaya di PRU ke 14 jika Pas berdegil, angkuh dan sombong dengan kukuatan sedikit yang ada pada mereka. Nasib Pas akan tercorot lagi.

Yang pedihnya UMNO-BN akan terus meratah pro pembangkang hidup-hidup. Ingatlah Pas, berwaspadalah dalam bersahabat dengan Umno. Pas yang beria-ria mahu bercinta dengan UMNo hingga sanggup menyepak terajang keluar sahabat seperjuangan yang bagitu lama malah amat sinonim dengan Pas semata-mata kerana gilakan UMNO itu diperingatkan jangan jadi macam sang pelanduk yang melupakan jerat, sedangkan jerat tidak pernah melupai si pelanduk.
Previous
Next Post »

Blog Archive