Pembangkang perlu bersedia bentuk gabungan mantap

anwar

SHAH ALAM – Parti pembangkang termasuk Pas, Bersatu dan parti-parti dalam Pakatan Harapan digesa membincangkan pembentukan sebuah gabungan yang mantap.

Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, semua pihak tersebut perlu bersedia untuk berhadapan dengan perkara itu.

"Perlu ada kesediaan untuk berunding. Itu adalah permulaannya," katanya selepas pendengaran kes qazaf di Mahkamah Rayuan Syariah di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau turut bersetuju rundingan antara Harapan, Bersatu dan Pas bagi mengukuhkan kedudukan pembangkang.

"Penyertaan Pas dalam pakatan pembangkang baharu adalah bergantung kepada rundingan dan persetujuan bersama," katanya.

Pada masa sama, beliau sempat mengirim salam dan doa buat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang baru sahaja keluar selepas mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

"Kirimkan salam dan doa saya untuk beliau," katanya lagi.
 


Previous
Next Post »

Blog Archive