Najib mengaku bahawa duit rakyat yang selamatkan ekonomi negara, bukan duit yang kerajaan cari sumber lain

Najib: Ekonomi Malaysia lumpuh tanpa GST


KUALA LUMPUR - "Tanpa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ekonomi Malaysia akan lumpuh," demikian jawab Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menolak cadangan pengurangan cukai GST daripada enam kepada tiga peratus.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan oleh Liew Chin Tong (DAP-Kluang) yang berhujah GST mengurangkan perbelanjaan domestik.

Najib ketika menjawab hujah Chin Tong berkata, ia hanya tafsiran negatif daripada pembangkang.

"(GST menyebabkan kemerosotan ekonomi domestik) adalah tafsiran pembangkang. Hakikatnya, GST adalah penyelamat ekonomi Malaysia.

"Tanpa GST, ekonomi negara akan lumpuh," ujarnya dalam sesi sidang Dewan Rakyat di Parlimen hari ini.

Najib sebelum itu berkata kerajaan berjaya mempertahankan momentum perkembangan ekonomi, yang didorong oleh permintaan dalam negeri serta kadar rendah inflasi dan penggangguan.

Katanya, keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara untuk 2016 dijangkakan antara 4 hingga 2.5 peratus.
Previous
Next Post »

Blog Archive