Mahathir hantar surat pada semua raja



Tun Dr Mahathir Mohamad telahpun menghantar Deklarasi Rakyat kepada Majlis Raja-Raja dan kesemua Yang di-Pertua Negeri bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur.

Surat yang dihantar turut memaklumkan mengenai perjumpaannya dengan Yang di-Pertuan Agong di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah pada 15 September lalu lapor Sinar Harian.

"Setakat ini saya belum mendapat reaksi daripada Yang di-Pertuan Agong berkenaan perjumpaan tersebut. Tetapi oleh kerana Majlis-Majlis akan bermesyuarat pada 11 Oktober ini, saya fikir ada baiknya kita hantar surat kepada semua raja-raja.

"Ini untuk memaklumkan kepada mereka mengenai rayuan kita supaya Majlis Raja-Raja ambil tindakan terhadap apa yang terkandung dalam Deklarasi Rakyat," beliau dilaporkan sebagai berkata.

Pada 15 September lalu, Mahathir mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bagi menyerahkan 1.4 juta tandatangan Najib meletak jawatan.

Dr Mahathir berkata bahawa raja-raja dan Yang di-Pertuan Agong mempunyai hak dalam perlembagaan bagi menangani masalah dihadapi sekarang.

"Dahulu terdapat pendapat bahawa raja-raja tiada kuasa lagi. Tetapi ini tidak benar dan sebab itu kita cuba dapatkan tindakan daripada Majlis Raja-Raja kerana mereka ada kuasa.

"Sudah tentulah sebagai raja mereka perlu ambil kira pandangan terhadap apa yang berlaku dalam negara ini," beliau dilaporkan sebagai berkata.

Terdahulu Najib setelah bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong memaklumkan Deklarasi Rakyat tidak mengikut Perlembagaan, maka baginda tidak mahu terbabit.

"Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong turut menjelaskan kepada Tun Dr Mahathir bahawa baginda tidak boleh mencampuri urusan yang dibuat oleh PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia).

"Ini kerana deklarasi yang dibuat oleh PPBM adalah tidak mengikut Perlembagaan. Sebarang tindakan sepatutnya diuruskan menurut amalan lazim iaitu melalui Parlimen dan sistem pilihan raya," kata Najib
Previous
Next Post »

Blog Archive