Zara perlu RM42,000 lagi bagi menampung kos pembedahan jantung

Zara perlu RM42,000 lagi

ALOR SETAR - Ibu bapa kepada Nur Zara Fiza Ros Azizul masih memerlukan bantuan berjumlah RM42,000 bagi menampung kos pembedahan jantung anaknya di Hospital Gleneagles Pulau Pinang.

Bapanya, Ros Azizul Mohd Rosli, 31, berkata, sebelum ini, anaknya yang berusia tiga bulan memerlukan dana RM50,000, namun setakat ini mengumpulkan wang kira-kira RM8,400.

Menurutnya, anaknya berusia tiga bulan itu perlu dibedah segera kerana masalah jantung berlubang.

"Alhamdulillah, kami berjaya mengumpulkan wang lebih kurang RM8,400 dalam tempoh sehari selepas kisah anak perempuan kami disiarkan Sinar Harian.

Azizul berkata, keadaan kesihatan anak bongsu dari tiga adik beradik yang disahkan doktor mengalami masalah jantung berlubang berkenaan dilihat semakin stabil.

Walaupun begitu, kata Azizul, dia dan isteri, Khadijah Zakaria, 26, berhasrat dapat mengumpulkan dana diperlukan dalam tempoh secepat mungkin agar Zara boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

"Dalam masa sama, kami berdua berterima kasih atas sumbangan banyak pihak yang sudi menyalurkan bantuan agar Zara sihat semula," katanya.

Kelmarin, sebuah keluarga dari Langkawi merayu sumbangan orang ramai untuk mengumpulkan wang RM50,000 bagi pembedahan anak mereka.

Nur Zara Fiza disahkan mengidap masalah jantung berlubang apabila lubang bersaiz tujuh mililiter (mm) dikesan pada bahagian jantungnya dalam satu pemeriksaan.

Bagaimanapun, bapanya mendakwa tidak mampu membiayai sejumlah kos diperlukan, kerana isteri tidak bekerja dan dia hanya bergaji sekitar RM900 sebulan sebagai pemandu pelancong.


Previous
Next Post »

Blog Archive