Mahathir mengadap Tuanku di Istana Anak Bukit semalam untuk mneyerahkan memorandum "Selamatkan Malaysia"

Akhirnya BERJAYA dilaksanakan


Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah semalam untuk menyerahkan memorandum 'Selamatkan Malaysia'.

Salah seorang orang kanannya, Datuk Khairuddin Abu Hassan memberitahu Malaysiakini bahawa pertemuan itu berlangsung di Istana Anak Bukit, Kedah petang semalam.

"Ia adalah satu pertemuan empat mata antara kedua-duanya. Mahathir tiba kira-kira pukul 4.30 petang dan mesyuarat itu berlangsung kira-kira satu jam lima belas minit," kata Khairuddin.

Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan itu berkata Mahathir membawa Deklarasi Selamatkan Malaysia dan juga dokumen yang didakwa ditandatangani 1.3 juta rakyat Malaysia.
Previous
Next Post »

Blog Archive