Kes Tourism M’sia: SPRM panggil setiausaha, tiada tangkapan setakat ini

sprm
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan seorang setiausaha syarikat dan 4 kakitangan Kementerian Pelancongan untuk membantu siasatan terhadap seorang Datuk Seri dari kementerian itu.

Sumber memberitahu FMT tiada tangkapan dibuat setakat ini.

“Siasatan dimulakan sejurus SPRM mendapat maklumat berhubung salah guna kuasa ‘Datuk Seri’ tersebut daripada orang awam.

“SPRM juga telah melakukan penggeledahan di pejabat Kementerian Pelancongan tersebut sejak hari Selasa (20 September) untuk mengumpul bukti,” kata sumber itu.

FMT sebelum ini melaporkan 4 pegawai Bahagian Kewangan Tourism Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pelancongan, hari ini dipanggil SPRM.

Ia dipercayai berkaitan siasatan ke atas dakwaan salah guna kuasa seorang pegawai kanan Tourism Malaysia.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan seorang ‘Datuk Seri’, sekitar umur 50-an disiasat kerana salah guna kuasa.

Menurut sumber kepada FMT, ‘Datuk Seri’ terbabit merupakan pegawai kanan di Bahagian Pengiklanan, dan disiasat kerana memberikan urusan pembelian tiket penerbangan kepada syarikat milik ahli keluarga.

FMT difahamkan sejumlah RM100,000 terbabit dalam urusan itu.
Previous
Next Post »

Blog Archive