Amanah bangkit mendepani cabaran di pasca politik baru

Jamaludin Jamalu 
·

SAYA juga terfikir Amanah dalam jangka masa terdekat akan menjadi partai politik terkuat dan mampu menghambat pertumbuhan dan pergerakan Pas.

Jelas sekali Amanah bukanlah partai nyamuk sepertimana mana yang pernah ditempelkan sebelum ini. Amanah tidak sesekali sepertimana Hamin yang ditubuhkan oleh Almarhum Dato Mohd Asri Hj Muda, malah Amanah juga tidak seperti Berjasa yang di asaskan oleh Dato Mohamad Nasir. Amanah kini mula melangkah megah dan sudah tentunya berupaya lagi berpotensi merentasi Pas yang sering berputar arah.

Perkembangan Amanah yang cukup menarik sudah tentunya turut merunsing kepimpinan Pas dewasa ini. Amanah akan terus melangkah pantas ke depan tidak perlu toleh ke belakang. Perjalanan sekalipun baru bermula,namun tindakan pantas dan pintar akan memungkinkan ada pihak-pihak yang pastinya turut mencemburui kehadiran Amanah dalam pentas politik negara.

Terus kejar kejayaan, usaha meledani gangguan di sepanjang perjalanan. Siapa yang pantas dan cepat berlari merekalah yang akan sampai dahulu ke garisan penamat, di sini Amanah hendaklah bertindak bijak mendahului Pas. 

Untuk mempercepatkan perjalanan laluan pintas masih banyak. Sebaliknya jika kerap menuding kebelakang lebih-lebih lagi suka berbuat u-turn, percayalah perjalanan itu akan berpusing dan berligar tidak akan sempat sampai ke garisan penamat.

Shabas Amanah negara
Previous
Next Post »

Blog Archive