8 Liter Minyak Boleh Pergi Sampai 360KM, Memang ‘Padu’ Vespa Baru Ini!

vespa1-1

Korang mesti ada yang minat dengan Vespa kan? Ala, motor macam skuter tu tapi design klasik dan mengancam. Vespa ni ialah satu jenama skuter Itali yang dibuat oleh syarikat Piaggio. Nama “vespa” bermaksud penyengat dalam bahasa Itali. Fuhh! Memang menyengatlah. Admin sendiri pun boleh terlopong kalau tengok Vespa lalu kat jalan raya. Tak kira design lama atau design baru.

Eh, ada design baru? Yes, memang ada dan sekarang ni dah boleh didapati dengan mudah. Fungsi serta ciri-ciri menarik dari sudut keselamatan, kelajuan pun dah dipertingkatkan tau. Nak tahu lebih detail pasal Vespa baru ni? Jom baca!

Ada sistem ABS

vespa2-1
Vespa Sprint ni dilengkapi dgn sistem (ABS) Anti Lock Braking System. Sistem brek ABS ni merupakan satu sistem keselamatan yang membolehkan roda kenderaan bermotor mengekalkan sentuhan cengkaman dengan permukaan jalan mengikut pemandu sementara membrek bagi mencegah roda daripada terkunci (berhenti berputar) serta mengelak daripada hilang kawalan akibat tergelincir. Power bro!

Ada USB port

vespa4
Ha, korang ingat dalam kereta je ada USB port? Vespa Sprint ni didatangkan khas dengan USB port sendiri.USB port di dalam glovebox utk mengecas handphone atau peralatan elektronik. So, kalau korang nak cas phone atau powerbank pun boleh je. Nak travel jauh-jauh pun dah tak jadi masalah dah lepas ni. Steadylah!

Suis elektronik

vespa3-1
Suis Vespa ni pulak jenis elektronik untuk membuka tempat duduk seperti model GTS, tak perlu guna kunci lagi, dan juga boleh ‘lock’ box depan tanpa mengunci handle seperti model sebelum ini. So dari segi safety dan mesra pengguna, Vespa ni memang terbaik dah. Superb habis.

8 liter minyak untuk 360km

vespa4-1
Dari segi enjin, Piaggio telah mengeluarkan unit baru yg diberi nama ‘iGET’ , (Italian Green Experience Technology). 150cc tau. Ia dikatakan lebih jimat minyak iaitu 8 liter minyak boleh diguna sampai 360km. Perghhh…kalau jalan jauh konfem tak risau nak cari stesen minyak dah lepas ni. Sempoi…

Harga yang mampu milik

vespa5-1
Vespa Sprint iGet 150 3V ABS ni didatangkan khas dengan dua versi warna iaitu Matte Red & Matte Grey. Memang ekslusif dan elegan untuk segmen motosikal. Harganya pula cuma RM17,788.48 (on the road).


Sumber: FB Vespa Planet
Previous
Next Post »

Blog Archive