Sebelum Meletak Jawatan, mantan Menteri Kewangan II sudah dedah kemana wang 1MDB hilang

Ahmad Husni
SHAH ALAM - Isu 'kehilangan' wang pelaburan milik kerajaan dalam syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang digembar-gemburkan sebelum ini didakwa tidak pernah timbul.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kerajaan sentiasa bertanggungjawab dalam menjaga kepentingan ekonomi negara.

"Kerajaan begitu bertanggungjawab dalam memastikan aset dan hutang. Dalam konteks 1MDB, apa yang berlaku ia mencapai pertumbuhan begitu pesat, dalam tempoh enam tahun sahaja ia memiliki aset yang begitu tinggi.

"Keduanya struktur kewangan memiliki modal RM1 juta dan kerajaan memberi tanah seluas 560 ekar. Tapi tanah ini akan hanya memberi pulangan dalam tempoh yang panjang.

"Berdasarkan pertumbuhan pesat, 1MDB bergantung kepada hutang," katanya ketika menjadi panel dalam program khas bual bicara Dialog di TV1, semalam.

Beliau yang juga merupakan jurucakap kerajaan bagi menjawab isu 1MDB ini berkata, 1MDB adalah milik Kementerian Kewangan dan segala pelaburannya dijamin oleh kerajaan dalam apa jua keadaan.

Kita telah memperkenalkan langkah rasionalisasi yang tujuannya dilakukan untuk menyelesaikan hutang.

"Pelan rasionalisasi ini membabitkan tiga aset utama 1MDB termasuk aset kewangan dan bukan bertujuan untuk menyelamatkan mana-mana syarikat," katanya kepada moderator program tersebut Sayed Munawar Sayed Mustar.

Katanya lagi, pelan rasionalisasi itu telah dilakukannya segera untuk membebaskan syarikat berkenaan daripada beban hutang.

Dalam pada itu ketika menyentuh mengenai tanggapan bahawa firma pengauditan gergasi antarabangsa yang mengaudit 1MDB iaitu Deloitte cuba menyembunyikan maklumat, Husni menafikan perkara itu.

"Transaksi kewangan 1MDB adalah berdasarkan piawaian antarabangsa," katanya lagi.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/husni-jawab-ke-mana-wang-1mdb-hilang-1.397552
Previous
Next Post »

Blog Archive