Polis angkat menteri ketika banjir dikutuk

Polis angkat menteri ketika banjir dikutuk

MADHYA PRADESH - INDIA. Foto seorang menteri yang diangkat beberapa anggota polis untuk melalui kawasan banjir sedalam buku lali menarik kutukan pelayar di laman sosial semalam.

Laporan CNN mengatakan pelayar dari laman Twitter 'menampal' gambar Ketua Menteri Madhya Pradesh, Shivraj Singh Chouhan di foto bulan dan air terjun dengan tujuan memperli.

Ketika foto tersebut diambil, Shivraj sedang melawat kawasan banjir untuk memberikan bantuan.

Pejabat Shivraj mengatakan anggota polis mengangkat Shivraj kerana tidak mahu beliau 'cedera'.

Seramai 2 juta penduduk di Bihar, Uttar Pradesh dan Madhya Pradesh terkesan akibat banjir berkenaan.

53 penduduk pula dilaporkan maut manakala berpuluh-puluh ribu penduduk sudah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.
Previous
Next Post »

Blog Archive