Pingat ini untuk rakyat Malaysia - Azizulhasni

Saiful Haizan Hasam | 17 Ogos 2016 7:17 AM


RIO DE JANEIRO 17 Ogos - Pelumba basikal elit negara, Azizulhasni Awang menujukan pingat gangsa yang dimenanginya dalam acara keirin Sukan Olimpik Rio 2016 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pelumba sensasi kelahiran Terengganu itu berkata, ia adalah lambang terima kasihnya kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.

"Selama 12 tahun saya memburu pingat Olimpik bermula di Beijing 2008 dan rakyat Malaysia sentiasa berada di belakang saya.

"Sebenarnya saya cuba untuk menghadiahkan emas buat Malaysia namun belum ada rezeki, saya akan cuba lagi di Olimpik Tokyo 2020," katanya.
Previous
Next Post »

Blog Archive