Ku Nan bagi alasan 'bodoh', Polis ada takut apanya.. Dato Ku Puteh & Dato Terlajak Laris relax aja tunjuk harta mereka

Pengisytiharan harta: Polis akan lindungi Ku Nan dan Datuk Bandar

fahmi-ku-nan-1

PETALING JAYA: Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kononnya takut mengisytiharkan aset secara terbuka bukan satu tindakan yang memperlihatkan demokrasi dan tadbir urus yang baik, kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

Beliau merujuk kepada laporan Malaysiakini yang memetik kata-kata Ku Nan, tidak akan mengisytiharkan harta kepada umum, takut perbuatan itu boleh mengundang bahaya dan sasaran penjenayah kepada keluarganya.

Ku Nan berkata, beliau dan Datuk Bandar Kuala Lumpur sememangnya mengisytiharkan harta setiap tahun tetapi tidak didedahkan kepada umum.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada FMT hari ini, Fahmi berkata, Ku Nan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Amin Nordin Abdul Aziz tidak perlu takut mengisytiharkan aset mereka kepada umum kerana polis akan memastikan keselamatan mereka dan semua rakyat Malaysia daripada penjenayah.

“Malah, jika dasar mengisytiharkan aset kepada awam dilaksanakan bukan sahaja di KL tetapi juga di Putrajaya, saya yakin kita dapat menyelamatkan Malaysia daripada ‘Malaysia Official 1’ dan Kuala Lumpur daripada ‘DBKL Official 1’,” sindirnya.

Isnin lalu, SPRM menahan seorang Pengarah Eksekutif DBKL, bergelar Datuk Seri, dua pegawai tinggi kerajaan yang lain dari Kelantan dan Melaka kerana didakwa menerima rasuah, salah guna kuasa dan terlibat dalam pengubahan wang haram.

Fahmi berkata, sistem semasa iaitu menteri mengisytiharkan aset kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi daripada mereka dalam kementerian masing-masing tidak cukup bagus.

“Ku Nan berkata, beliau mengisytiharkan hartanya kepada Perdana Menteri (Najib Razak) setiap tahun, manakala Datuk Bandar Kuala Lumpur mengisytiharkan asetnya kepada setiausaha negeri, tetapi sistem ini jelas tidak cukup dan perlu dirombak kerana ia gagal mengenal pasti dan mencegah pengumpulan harta milik ‘Datuk Seri’ dari DBKL (juga dikenali sebagai ‘DBKL Official 1’) seperti yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lepas,” katanya.

Dalam konteks Kuala Lumpur katanya, pembayar cukai tidak diberi hak untuk memilih Datuk Bandar atau ahli Lembaga Penasihat DBKL.

“Oleh itu, proses periksa dan seimbang terhadap mereka yang mempunyai kuasa eksekutif membuat keputusan, termasuk Menteri Wilayah Persekutuan sepatutnya berada pada tahap yang lebih tinggi daripada sekarang, termasuk dalam pengisytiharan harta.”

Fahmi Fadzil mencabar kenyataan Ku Nan dan Amin Nordin pada Jumaat lepas untuk memimpin melalui teladan dengan mengisytiharkan aset mereka kepada umum.

Ini susulan arahan Ku Nan yang meminta setiap jabatan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan meneliti pengisytiharan harta pegawai-pegawai bagi memeriksa rasuah.
Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
Zulfadzli
admin
8/23/2016 12:06:00 am ×

Bila dah beritahu begitu, maknanya banyaklah hartanya.Maka tak payah isytihar pun, perompak dah meleleh air liur. Kalau dah kena,batu nak isytihar? Common Menteri, be wiser with your statement.Malu kat budak2 sekolah yang gelak statement bedak cuticura sebegitu

Congrats bro Zulfadzli you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar

Blog Archive