DOJ: Riza dakwa dana AS$94 juta adalah hadiah


Anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, mendakwa dana 1MDB bernilai AS$94 juta (RM381 juta) dalam akaun - yang dia memiliki akses untuknya - adalah hadiah daripada syarikat Aabar BVI, kata Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.

"(Riza) Aziz mendakwa - termasuk dalam laporan cukainya pada 2012 - wang itu adalah 'hadiah' daripada Aabar BVI," kata laporan itu semalam.

Menurut DOJ, Aabar BVI - sebuah syarikat didaftarkan di Kepulauan British Virgin dengan nama sama - menerima AS$1.367 bilion wang yang diselewengkan daripada bon 1MDB untuk perjanjian pembelian kuasa pada 2012.

Daripada jumlah itu AS$238 juta dimasukkan ke akaun syarikat perfileman Riza, Red Granite, di Singapura.

DOJ mendakwa Riza menggunakan AS$94 juta wang itu untuk membeli tiga harta tanah - dengan setiap satu di New York City, Beverly Hills dan London.

Dalam saman dikemukakan pihak berkuasa AS itu, DOJ memperincikan bagaikana firma perakaunan berpangkalan di AS, Nigro Karlin Segal Feldstein & Bolno (NKSFB) cuba mendapatkan penjelasan mengenai "hadiah" berkenaan.

"Dana itu datang daripada seorang pelabur dalam Red Granite Capital, saya tidak dapat mengesahkannya tanpa bukti bahawa ia bukan pendapatan kepada Riza. Firma berada dalam risiko, angka-angkanya terlalu tinggi," kata seorang rakan kongsi NKSF melalui e-mel.

Pindahan tanpa sebab

Seorang pengarah urusan di firma itu yang bertindak bagi pihak Riza menjelaskan Aabar BVI adalah "sebuah syarikat pegangan persendirian seorang rakan keluarga" individu terlibat.

Dia juga menyertakan sekeping surat daripada Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny iaitu pengarah Aabar BVI serta ketua pegawai eksekutif syarikat itu ketika transaksi berkenaan berlangsung.

Kandungan surat itu ialah: "Surat ini bertujuan mengesahkan bahawa pemindahan AS$94,500,000 yang terdiri daripada pindahan kawat pada 18 Jun 2012 untuk BSI Bank Bhd (nombor akaun [XXX] 250A) untuk manfaat Riza Aziz bertujuan sebagai hadiah.

"Pemindahan itu dibuat tanpa sebarang pertimbangan dan tiada perkhidmatan dijalankan atau hadiah diterima bagi aset. Ini adalah satu pemindahan tanpa sebab dibuat dengan ikhlas berdasarkan hubungan yang rapat peribadi kami."

DOJ bagaimanapun menafikan hal itu dalam nota kakinya, dengan menjelaskan pada tarikh pemindahan itu berlangsung, Aabar BVI sebenarnya menyalurkan AS$133 juta kepada Red Granite.

Tambah DOJ dana sebanyak AS$94 juta itu adalah jumlah yang dipindahkan Riza "ke Amerika Syarikat dalam tempoh kira-kira lima bulan dan digunakan untuk membeli aset peribadi".

Selain digunakan untuk membeli harta tanah DOJ mendakwa dana 1MDB bernilai AS$64 juta digunakan untuk membiayai filem terbitan Red Granite, The Wolf of Wall Street.

Bagaimanapun Red Granite menafikan tahu sebarang maklumat mengenainya.

Sejumlah AS$41 juta wang 1MDB juga dikatakan diguna untuk membiayai aktiviti perjudian Riza, hartawan Jho Low serta rakan mereka Eric Tan Kim Loong.
Previous
Next Post »

8 comments

Click here for comments
MOHD RAZMI
admin
7/23/2016 03:08:00 pm × This comment has been removed by the author.
avatar
rambo
admin
2/12/2017 05:40:00 pm ×

Hadiah Korok dia,,

Reply
avatar
2/12/2017 09:04:00 pm ×

Hadiah....derma...biasa la..msia ni bapak dia pya...

Reply
avatar
Unknown
admin
2/13/2017 08:48:00 am ×

Umno-BN tetap menang pilihanraya. Orang Melayu begitu lemah pemikiran untuk ambil peduli hal begini.

Reply
avatar
Anonymous
admin
2/13/2017 12:34:00 pm ×

apa pun hujah hujah ysng di berikan rakyat dapat lihat asal usul dana tu.mustahil hadiah di berikan begitu sahaja.nothing is free in this world

Reply
avatar
aieman
admin
2/13/2017 12:48:00 pm ×

Point: Siapa yang nak siasat dan atas kapasiti apa.

Reply
avatar
2/13/2017 02:34:00 pm ×

Banyaknya orang beri hadiah pada dia.....ada orang nak beri hadiah pada saya....tak nak banyak macam ni....dapat hadiah RM10k pun saya dah bersyukur sangat.....

Reply
avatar
Ahmad Basri
admin
2/13/2017 05:15:00 pm ×

Brapa tin milo nk dpt wang USD 94 juta itu?
Eh eh eh...patut lh milo jual dlm.packet2 je skrang,tin nya dh habis.

Reply
avatar

Blog Archive